Business

fb

Pohon Zaitun @ Palestin


OLEH KERANA FAKTOR-FAKTOR DARI KISAH YANG DIPAPARKAN MENYEBABKAN HARGA MINYAK ZAITUN DARI BUMI AMBIA INI MENINGKAT. SEBAGAI SAUDARA ISLAM , KITA HARUS MENYOKONG APA SAJA HASIL ATAU PRODUK DARI PALESTIN BAGI MENINGKATKAN EKONOMI MEREKA. INSYAALLAH..




Khamis, 26-04-2012 - Pada hari Isnin (23/4), peneroka Zionis mengurangkan pokok zaitun milik rakyat Palestin- di kawasan yang terletak di antara Izbet Shufa dan dusun Kafa, selatan Tulkarem dan memusnahkan pagar tanah rakyat di bandar Tekoa.
Seorang saksi yang memberitahu PIC bahawa perampas dari “Avni Hefetz” kawasan baru penduduk Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin dari Labad Kafr dan kampung Shufa, selatan Tulkarem, telah dijaga oleh pasukan penjajah yang turut menebang berpuluh-puluh pokok zaitun dalam tanah yang dimiliki oleh Abdul Halim Mohamed Ismail menggunakan gergaji rantaian.
Selain itu, sumber-sumber tempatan berkata bahawa kumpulan perampas Zionis yang tinggal dalam kawasan jajahan Romen yang bersebelahan Bandar Tekoa di timur bandar Bethlehem. Sedang cuba merampas 60 dunums tanah milik keluarga seperti Abu Mafrah, Jibrin dan keluarga Qakohr.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentera Israel meratakan tanah dan merosakkan tanaman zaitun berhampiran Yatta

Khamis , 05-04-2012 - Tentera haram Israel (IOF) telah meratakan tanah pertanian Palestin dan menumbangkan pokok-pokok zaitun yang ditanam lebih dari 30 tahun yang lalu bermula dari Um NIR hingga ke timur bandar Yatta di selatan Al-Khalil Selasa lalu.
Ratib Al-Jibour, penyelaras jawatankuasa di Yatta berkata bahawa tentera IOF meratakan 50 ekar tanah yang dimiliki oleh keluarga Jibour dan menumbangkan pokok serta anak-anak pokok Zaitun. Beliau berkata bahawa tentera Israel turut membawa beberapa pekerja dmereka untuk menumbangkan pohon-pohon zaitun, dan membuang anak-anak pokok keluar dari kawasan tersebut dalam usaha untuk “menyembunyikan jenayah”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para pendatang bakar 2600 pohon zaitun milik rakyat Palestin dalam bulan Oktober

Rabu, 02/11/2011 - Jawatankuasa Pertanian Palestin (PARC) berkata bahawa pendatang-pendatang Yahudi membakar 2600 pohon zaitun milik warga Palestin dengan menganggarkan kerugian sebanyak 156000 dollar.
Jawatankuasa itu berkata dalam laporan bulanan yang dikeluarkan pada Isnin bahawa rakyat Palestin kerugian lebih kurang 3.5 batang pohon zaitun pada setiap jam samaada dibakar atau dimusnahkan. 53% kerugian dikenalpasti dialami di wilayah Nablus diikuti oleh wilayah Salfit sebanyak 24%, di mana kebanyakan serangan dilakukan oleh pendatang yang sebahagiannya bekerjasama dengan tentera rejim
Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati