Business

fb

Info Sihat

Kenapa harus memilih Palestin Extra Virgin Olive Oil?

( Segala maklumat penyembuhan penyakit dalam blog ini hanya berlaku dengan izin ALLAH S.W.T sahaja kerana kami bukan menjual ubat tetapi ia hanyalah ZAITUN yang telah berikan keberkatan padanya oleh Allah s.w.t )
----------------------------------------------------OOOOOOO------------------------------------------
Tahukah anda Palestin mempunyai zaitun yang terbaik di dunia (bumi Syam as Syarif) kerana umurnya yang paling tua di dunia. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...
 Syam atau negeri Syam sebenarnya meliputi sejumlah negara; Syria, Jordan, Palestin, Lubnan dan sejumlah wilayah di Turki, yaitu Adana, Diyarbaker dan Iskandarun.
Diriwayatkan Zaid bin Tsabit r.a.. bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Beruntunglah negeri Syam.” Lalu ada yang bertanya,” Dengan apa keberuntungan itu Ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, ”Para malaikat rahmat membentangkan sayap-sayapnya untuk (keberkahan) negeri Syam.(1)
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a., iaitu doa Rasulullah SAW sampai berulang kali dicetuskan saat mengatakan, ”Ya Allah berkatilah kami pada (negeri) Syam kami. Ya Allah berkatilah kami pada (negeri) Yaman kami”.(2)

Rujukan:
1. Musnad Imam Ahmad: 5/184-185. Sunan at-Tirmizi, No. 3954). Al-Mu’jam al-Kabir karya Imam Thabarani: 5/158.
2. Sahih al-Bukhari No. 137 dengan sedikit perbedaan. Sunan Tirmizi No. 3953. Al-Mu’jam al-Kabir karya Imam Thabarani No. 13422.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1)    Keaslian
Kita ada sijil ketulenan dari Kementerian Palestine yang mengesahkan produk yang kita ambil adalah asli dan tulen.

                               Sijil Pengesahan Ketulenan


2)    Kadar Asid
Adalah diketahui Minyak Zaitun dari Palestin adalah mengandungi kadar asid yang paling rendah iaitu tidak melebihi 0.4% berbanding dengan minyak zaitun dari Negara Itali, Greek dan sebagainya

3)     Kandungan Asid Oleik
Minyak Zaitun dari Sepanyol dan Itali, kandungan asid oleik yang paling tinggi hanya mencecah 45%, namun di Palestin khususnya dari Ramallah, kandungan  asid oleik paling rendah yang terkandung di dalam minyak zaitun ialah 75%.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.
 


4) Penanaman Pokok zaitun
Minyak zaitun ini adalah daripada hasil tanaman  keluarga turun temurun dijaga oleh semenjak 400 tahun dahulu. Pokok zaitun ini dijaga 24 jam sehari untuk mengekal kualiti yang terbaik.

5)    Al-Quran
Dan dari nota kaki surah An Nur ayat 35 dari Al-Quran yang diterbitkan oleh Al Alam Ar Robitah Al Islami mencatatkan minyak zaitun terbaik di dunia adalah dari Ramallah Palestine

6)    Kaedah Pemprosesan
Perahan buah zaitun ini adalah  menggunakan kaedah lama di mana kaedah ini dapat mengekalkan 'polyphenol' hampir 100% berbanding dengan diproses mengunakan mesin dimana ‘polyphenol’ didalam minyak zaitun telah kehilangan hampir 20%  dan 'polyphenol' adalah sumber penting pencegah dan penentang barah yang di perakui oleh pakar 'nutrition'.

7)    Menyokong Palestine
Akhir sekali, dengan membeli produk buatan Palestine ini, kita sebagai saudara sesama islam dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi saudara saudara kita di bumi Palestine untuk terus menampung hidup serta mengalak  dan menyokong pertanian mereka. Seperkara lagi, Ramallah tempat dimana pokok zaitun yang ditanam ini adalah didalam kawasan Al-Quds (Baitulmaqdis) salah satu tanah suci yang disebut oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Ini bermakna, minyak zaitun ini adalah berasal dari Tanah Suci
-------------------------------------------oooooooooooooo-------------------------------------------------

CARA PENGAMBILAN 

 Sebaiknya sebelum minum baca Basmallah dan selawat 3x



1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan,  dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. 




Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
***************************
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.

Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.

----------------------------------------------------OOOOOOO------------------------------------------






TIPS MERAWAT KANSER 
dengan MINYAK ZAITUN(DIY)

 

1) Beli sebotol minyak zaitun dara (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL)

2) Buka penutupnya dan rapatkan mulut anda,lalu bacakan 20 ayat ruqyah syariyyah ataupun ayat-ayat manzil.

3) Tiup 10 saat  minyak zaitun dara tersebut.

4) Bagi pesakit kanser dalaman ataupun gastrik,anda minum sesudu 3x sehari iaitu pagi-ptg-mlm selama sebulan.

5) Bagi pesakit kanser luaran,anda perlu minum dan sapu pada tempat kanser 3x sehari juga selama sebulan.

InsyaAllah sembuh,selamat mencuba..........


 20 Ayat Ruqyah Syariyyah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas 

Sumber : http://urutdanrawat.com

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Minyak Zaitun: Bukan sekadar minyak biasa

Oleh: MOHAMAD FIKRI ROSLY

Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.

Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.

Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.


Khasiat minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.


Kandungan minyak zaitun
Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.

Menyedari minyak zaitun mengandungi banyak manfaat untuk manusia, Dr. Yahya menghasilkan produk berasaskan minyak zaitun menggunakan jenama Laleli.

Beliau bersama keluarganya turut mengendalikan makmal Duzen yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan analisis kesihatan dan alam sekitar selama lebih 29 tahun.

Dr. Yahya yang juga pakar kesihatan dari John Hopkins adalah pemilik makmal tersebut dan juga pemilik ladang serta kilang pemprosesan zaitun moden di Turki.

Syarikatnya, Laleli Olive Oil Establishment, mengeluarkan produk berasaskan zaitun dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh pengedar tunggal iaitu Thye Huat Chan Sdn. Bhd.

Laleli dengan moto "bukan sekadar minyak biasa" memasarkan rangkaian produk untuk kecantikan, minyak masak dan minyak kesihatan.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

Minyak Zaitun dan Limau Nipis Cegah Batu Karang

Limau nipis dan minyak zaitun




Antara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari.

Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut.


Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar.


More: http://www.sinarharian.com.my/


 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 

Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 

Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.


Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi
    penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi 
     dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang
     dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan kanvitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 9.